Vinales juara MotoGP Belanda - Utusan Malaysia

Vinales juara MotoGP Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASSEN, Belanda – Maverick Vinales meraih kemenangan sulungnya musim ini selepas mengungguli perlumbaan MotoGP Belanda di Assen, sebentar tadi, manakala juara bertahan Marc Marquez kekal sebagai pendahulu carta keseluruhan meskipun menduduki tangga kedua.

Pelumba berusia 24 tahun dari pasukan Monster Energy Yamaha itu mencatat kemenangan keenam dalam karier MotoGP selepas 80 perlumbaan, dengan kejayaan terdahulu diraih di Australia tahun lalu.

Pelumba Sepanyol itu menduduki tempat pertama menerusi catatan 40 minit 55.415 saat, manakala Marquez dari Resol Honda ketinggalan 4.854 saat di belakang Vinales.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu pelumba PETRONAS Yamaha SRT, Fabio Quartararo menghadiahkan podium kedua berturut-turut apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan kurang 9.738 saat di belakang juara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya, mereka melaksanakan tugas dengan baik. Impian berada di genggaman saya. Sangat lama menunggu (untuk muncul juara) selepas kali terakhir meraihnya di Australia tahun lalu.

Sementara itu, pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah dari Red Bull KTM Tech 3 memungut satu mata selepas menamatkan saingan di tempat ke-15 dengan catatan masa kurang 34.494 di belakang Vinales.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini