DALAM keghairahan berkongsi maklumat atau meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang menyebabkan segelintir masyarakat terlepas pandang dengan berkongsi cerita dan aib orang lain.

Menurut hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Riba mempunyai 73 cabang pintu. Dosa paling ringan bersamaan dosa seorang anak lelaki berzina dengan ibunya, manakala dosa paling berat seperti menyakiti dan menjatuhkan maruah seorang Muslim.”
Tanpa sedar, perbuatan membuka aib diibaratkan seolah melakukan dosa seperti berzina dengan ibu kandung, namun Rasulullah menyatakan dosa menjatuhkan maruah seorang Muslim lain adalah lebih besar daripada dosa itu.
Memetik tulisan Imam muda Hassan, menjaga maruah dan aib orang lain amat penting.
Jadi bayangkan dosa yang secara tidak sedar bercerita mengenai keaiban orang lain bersama rakan, ahli keluarga atau jiran sehingga menjadi rutin harian.
“Sesungguhnya Islam meletakkan maruah seseorang di tempat sangat tinggi.
“Justeru, seorang Muslim tidak berhak mencemarkan maruah seorang Muslim yang lain dengan menjaja atau membuka aibnya,” katanya.
*Sumber Buku Teh Tarik Nasi Arab











