Goo20 sasar satu juta keahlian - Utusan Malaysia

Goo20 sasar satu juta keahlian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Goo20 Sdn. Bhd., menyasarkan keahlian usahawannya bertambah kepada satu juta pada tahun ini,

Ketua Pengarah Eksekutif, Kamal Mohd. Nor berkata, buat masa ini syarikat memiliki kira-kira 4,000 ahli dari seluruh negara dengan berjaya me­laksanakan transaksi jualan kira-kira RM500,000 sebulan.

Beliau berkata, Goo20 yang merupakan penyedia platfom perniagaan bagi usahawan daripada pelbagai sektor mempromosikan produk secara dalam talian telah mula beroperasi sejak suku pertama tahun ini selepas melalui kajian dan pembangunan yang teliti dalam tempoh setahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keahlian adalah percuma dan kami menggalakkan lebih ramai usahawan daripada pelbagai sektor menyertai kami kerana ia bakal meluaskan rang­kaian pemasaran mereka bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

“Keunikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat ialah ia akan membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka secara berkesan,” katanya pada majlis jamuan hari raya serta pengenalan Selebriti Mall di pejabatnya di Bandar Sri Damansara baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini