Lorenzo mahu bangkit di Assen - Utusan Malaysia

Lorenzo mahu bangkit di Assen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASSEN – Pelumba Sepanyol, Jorge Lorenzo mahu melupakan insiden kemalangan yang berlaku di Barcelona dua minggu lalu dan bertekad untuk tampil dengan aksi terbaik menjelang Grand Prix (GP) Belanda pada hujung minggu ini.

Pelumba Repsol Honda tersebut gagal menamatkan saingan di Barcelona selepas menjadi punca insiden perlanggaran melibatkan empat pelumba di Litar Catalunya selepas bersaing di kelompok hadapan.

Pada perlumbaan tersebut, Lorenzo dilihat me­lakukan kesilapan sehingga mengakibatkan tiga lagi pelumba termasuk penunggang Ducati, Andrea Dovizioso serta dua pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi dan Maverick Vinales terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun begitu, Lorenzo tidak mahu menjadikan insiden tersebut sebagai penghalang kepadanya untuk tampil dengan tunggangan terbaik di Litar Assen pada minggu ini.

“Kami tiba di sini dengan membawa semangat terbaik selepas menunjukkan peningkatan di Barcelona. Saya tidak jangka terlibat dalam kemalangan tetapi secara keseluruhan, pasukan meneruskan peningkatan terhadap jentera. Justeru, kami mahu melakukan sekali lagi di Assen.

“Sekiranya kami terus bekerja keras dan kekal dengan prestasi seperti ini, saya yakin mampu memperoleh kelajuan yang sama ketika di Barcelona. Saya harap dapat rentak terbaik di Assen dan bersaing di kelompok hadapan,” kata Lorenzo.

Ketika di Barcelona, Lorenzo memulakan perlumbaan dengan baik dan berpeluang untuk menamatkan aksi itu pada kelompok teratas, namun keyakinannya memakan diri apabila terjatuh di selekoh ke-10 seawal pusi­ngan pertama.

Akibat insiden tersebut, Lorenzo kini berada di kedudukan ke-15 keseluruhan selepas hanya mengutip 19 mata manakala rakan sepasukannya, Marc Marquez terus mendominasi kedudukan pertama dengan 140 mata. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini