Mati berdiri pegang besi cerucuk - Utusan Malaysia

Mati berdiri pegang besi cerucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Empat pekerja warga Myanmar maut dengan tiga daripadanya ditemui dalam keadaan berdiri selepas ditimbus tanah runtuh ketika sedang memasang cerucuk kaki lereng cerun di kawasan sebuah resort di Tanjung Bungah, Jalan Batu Feringghi di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 9.25 malam itu mengakibatkan Maung Htwe, 38; Nai Cho Inn, 49, dan seorang lagi yang dikenali sebagai Ong maut akibat terpe­rangkap. Seorang lagi mangsa masih belum dikenal pasti identitinya.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari oleh seorang tukang kebun lelaki warga tempatan yang sedang menyiram pokok di sekitar resort apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebelum memaklumkan kepada pemilik premis sebaik mendapati tembok itu runtuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini