Serah pada PJS tentu nasib Khairy - Utusan Malaysia

Serah pada PJS tentu nasib Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Kementerian Belia dan Sukan menyerahkan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) menentukan nasib Khairy Jamaluddin sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya jawatan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, sememangnya dalam isu Khairy terdapat aduan antaranya mengenai kelewatan menghantar borang pencalonan.

“Kita tidak campur tangan. Bagi kita tidak ada masalah sesiapa sahaja hendak bertanding dalam persatuan dan majlis selagi ia mengikut peraturan dan undang-undang ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita serahkan kepada PJS tentukan dan memberi maklum balas mengenainya (pencalonan Khairy),” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Kem Belia Wawasan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang di sini, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Utusan Malaysia, hari ini, melaporkan, Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan mendesak PJS agar membuat keputusan segera sama ada beliau layak atau tidak untuk bertanding jawatan presiden MPM.

Khairy dilaporkan berkata, hal demikian penting kerana dengan mesyuarat agung tahunan (AGM) MPM akan berlangsung Sabtu ini, PJS mempunyai masa suntuk untuk berbuat demikian.

Khairy sebelum ini dikatakan lewat menghantar borang pencalonan dan tiada kapasiti yang sah sebagai seorang ahli gabungan berdaftar MPM yang membolehkannya bertanding.

Jika dibenarkan bertanding, Khairy dijangka menentang Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin yang turut menawarkan diri merebut jawatan presiden MPM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini