Gunakan istilah sesuai untuk jawatan premier

Gunakan istilah sesuai untuk jawatan premier

Sarawak menjanjikan tarikan dan keunikan tersendiri untuk diterokai oleh para pelancong. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pertukaran nama jawatan ketua menteri kepada Perdana Menteri diamalkan di negara-negara Komanwel memandangkan perkataan tersebut terkandung dalam konsep Westminister iaitu ketua sesebuah kerajaan.

Penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, ketua kerajaan Komanwel dalam sistem Westminster dikenali sebagai Perdana Menteri, Perdana, Ketua Menteri atau Menteri Pertama.

“Kerajaan negeri di Australia dikenali sebagai Perdana. Begitu juga ketua kerajaan wilayah di Kanada dipanggil Perdana,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mengulas cadangan kerajaan negeri Sarawak berhubung perubahan terhadap gelaran atau nama jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada Perdana.

Cadangan tersebut ba­gai­manapun menimbulkan pelbagai reaksi dan kekeliruan di kalangan rakyat termasuk golongan intelektual.

Ada yang bertanya apakah gelaran Perdana itu nanti jika diterjemahkan kepada bahasa Melayu akan menjadi Perdana Menteri.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa perlu ada dua Perdana Menteri untuk Malaysia.

Cadangan perubahan nama tersebut dibuat menerusi pindaan terhadap perlembagaan negeri semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, iaitu persidangan pertama sejak kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya negeri pada 18 Disember tahun lalu.

Di Malaysia, Chief Minister diterjemah sebagai menteri besar atau ketua menteri, iaitu nama khas.

Menurut Abang Azman, menteri besar digunakan untuk ketua kerajaan negeri yang bersultan, manakala ketua kerajaan negeri tanpa sultan ialah ketua menteri.

Menurut beliau lagi, istilah premier (perdana) dianggap mengelirukan apabila diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan, kecuali dibezakan de­ngan jelas.

Awang Azman berpendapat menteri utama atau perdana adalah seiring dengan istilah menteri pertama sementara perdana pula perlu ada padanan yang tepat dan tidak mengelirukan bagi mengelakkan persepsi seolah-olah Sarawak mahu mewujudkan jawatan ketua kerajaannya sebagai Perdana Menteri.

“Cadangan lain ialah guna istilah menteri perdana bagi istilah tepat bagi istilah pemier untuk padanan bahasa Melayu untuk tak kelirukan maknanya dengan perdana menteri yang sudah lama dikenali sebagai ketua kerajaan persekutua atau negara.

“Kalau istilah menteri perdana digunakan ia tidak mengelirukan dan tidak menjejas hubungan baik Sarawak dan Persekutuan.

“Namun jika istilah premier itu diterjemahkan langsung sebagai perdana menteri ia akan memberikan konotasi seolah-olah kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu menyamakan kedudukan dengan jawatan Perdana Menteri Malaysia,” kata Awang Azman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini