Utamakan perkara penting daripada gelaran Perdana Menteri Sarawak

Boleh guna gelaran Perdana selagi mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan kerajaan nege­ri Sarawak yang berhasrat me­nukar gelaran ketua menteri kepada Perdana Menteri atau premier boleh selagi mengikut perlembagaan negeri.

Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, beliau bagaimanapun secara peri­badi berpandangan kerajaan Sarawak perlu melakukan perkara yang lebih utama daripada menukar gelaran ketua menteri.

“Menukar gelaran ketua menteri Sarawak kepada Perdana Menteri boleh dilakukan selagi ia mengikut prosedur dan syarat yang ditetapkan oleh perlembagaan negeri itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rasionalnya kita tunggu dalam pembentangan (semasa sidang DUN Sarawak) itu nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Perak berkata, Sarawak perlu memberi tum­puan keluar dari kelompok empat negeri paling miskin dalam Persekutuan.

“Pimpinan GPS elok cermin diri sikit. Mereka juga perlu ingat ribuan anak muda Sarawak yang terpaksa keluar dari ne­geri itu untuk bekerja.

“GPS perlu tahu keutamaan mereka. Bukan berlagak dan syok sendiri. Jangan jadi kata seperti orang Perak biar papa asal bergaya.

“Mereka menang besar dalam keadaan Covid-19, bukan kerana GPS hebat,” ujarnya.

Kerajaan negeri Sarawak akan menukar gelaran ketua menteri kepada Perdana Menteri (premier) Sarawak melalui pindaan perlembagaan negeri apabila DUN Sarawak bersidang buat kali pertama sejak kemenangan besar GPS dalam pilihan raya negeri lalu.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yang mengetuai GPS meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Sarawak 18 Disember lalu.

GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini