Ternak cacing untuk sara hidup - Utusan Malaysia

Ternak cacing untuk sara hidup

VARIAN mengusahakan perniagaan menternak cacing kerana sukar mendapat pekerjaan akibat pandemik Covid-19. - KOMPAS.COM/MUHLIS AL ALAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang penduduk dari kampung Ngadirejo di wilayah Madiun menjalankan perniagaan menternak cacing sebagai usaha untuk keluar daripada tekanan pandemik Covid-19 di Indonesia.

Lapor Kompas.com, Varian Arsyagam Isbandi, 27, atau dikenali dengan panggilan Rian, mengetahui mengenai penternakan cacing tanah daripada abangnya yang tinggal di Ponorogo. 

Malah, bekas pemandu itu juga bertekad mengusahakan perniagaan tersebut kerana menghadapi kesukaran untuk mencari pekerjaan di tengah pandemik Covid-19 yang melanda Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rian memulakan perniagaan menternak cacing pada Julai lalu dengan modal sebanyak 35 juta rupiah (RM9,834) yang diperoleh hasil wang simpanan dan pinjaman daripada rakan-rakannya.

Katanya, modal itu digunakan untuk beberapa perkara termasuk membina kolam cacing tanah di belakang rumahnya, ketuhar pengering dan membeli dua biji kuintal.

Menurut Rian, menternak cacing agak mudah kerana dia hanya perlu menyediakan air dan memberi makanan yang mencukupi. 

Malah, katanya, cacing tanah membiak, bertelur sendiri dan tidak mudah jatuh sakit. 

Dalam pada itu, Rian memberitahu, cacing lumbricus kering dijual pada harga 500,000 rupiah (RM140.58) per kilogram (kg).

“Ini bermaksud jika sebulan dapat menjual sebanyak 72 kg cacing basah atau 12 kg cacing kering, maka saya mampu memperoleh pendapatan sebanyak 6,000,000 rupiah (RM1,685),” katanya.

Menurutnya, setakat ini, dia hanya membekalkan cacing berkenaan kepada syarikat herba bagi tujuan perubatan.  

“Biasanya, penduduk akan membeli untuk merawat ulser perut, demam kepialu sehingga melancarkan peredaran darah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini