Haily menang kontrak bina vila resort di Iskandar Puteri - Utusan Malaysia

Haily menang kontrak bina vila resort di Iskandar Puteri

mengambangkan perniagaannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pembinaan yang berpangkalan di Johor, Haily Group Berhad (Haily) memperoleh kontrak berjumlah RM41.28 juta untuk membina vila resort eksklusif di Iskandar Puteri.

Kontrak itu adalah yang terbesar dimenangi Kumpulan sejak penyenaraiannya di Pasaran ACE pada Julai 2021.

Menurut Haily, anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn. Bhd. telah menerima Surat Anugerah daripada DP Architects Sdn. Bhd. bagi pihak Country View Resources Sdn. Bhd. untuk pembinaan Fasa 1 Pembangunan Strata Resort Pelancongan yang terletak di Aurora Sentral, Pulai, Johor.

Jelasnya, Country View Resources ialah anak syarikat milik penuh Country View Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

“Di bawah kontrak itu, Haily telah diamanahkan untuk membina 121 unit Vila Link 2 tingkat, satu unit pencawang TNB dan satu unit ruang sampah.

“Tempoh keseluruhan projek ialah 18 bulan, dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada 28 Januari 2022 dan siap pada 28 Julai 2023,” jelasnya dalam kenyataan.

Haily berkata, ia adalah kontrak ketiga yang diraih berhubung dengan Aurora Sentral dalam tempoh kurang setahun.

Pada Mac 2021, Haily telah dilantik untuk membina 147 Link Villa di Aurora Sentral dengan harga RM45.08 juta dan rumah kelab dengan kolam renang berharga RM6.74 juta.

“Dengan penambahan projek baharu itu, nilai buku pesanan tertunggak Haily menyediakan prospek jelas pendapatan sehingga 2023. Pelantikan Haily untuk membangunkan Aurora Sentral yang berprestij di tengah-tengah bandar pentadbiran Johor adalah selaras dengan matlamat Kumpulan untuk mengembangkan jejaknya di landskap pembinaan tempatan,” jelasnya.

SEE TIN HAI

Mengulas perkembangan itu, Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, cabaran dalam keseluruhan ekonomi dan industri pembinaan tidak menghalang pertumbuhan Kumpulan.

Kata beliau, dalam tempoh lima bulan yang lalu sahaja, Kumpulan telah berjaya memperoleh tujuh kontrak, termasuk daripada syarikat tersenarai terkenal seperti IOI Properties Group Berhad, Mah Sing Group Berhad dan Country View Berhad.

“Ini adalah bukti rekod prestasi kami yang terbukti dan keupayaan untuk menyampaikan kerja pembinaan yang berkualiti mengikut keperluan pelanggan kami.

“Melangkah ke hadapan, strategi jangka sederhana Haily termasuk tumpuan yang lebih besar kepada kecekapan terasnya dalam landskap pembinaan bangunan Johor serta mengembangkan ke daerah lain di Johor iaitu dari Johor Bahru dan Kulai ke daerah lain.

“Di samping itu, kami menyasarkan untuk mempercepatkan pertumbuhan produktiviti kami dan meningkatkan kecekapan operasi kami melalui pembelian jentera pembinaan baharu serta pengurusan kontrak dan perisian perakaunan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×