Warisan bukan buat Sabah sahaja - Utusan Malaysia

Warisan bukan buat Sabah sahaja

MOHD. Shafie Apdal melancarkan Warisan ke peringkat nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warisan (Warisan) menegaskan parti itu yang kini mlebarkan sayapnya ke semenanjung tidak akan membawa imej ia hanya memberi tumpuan pada Sabah semata-mata.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, parti tersebut juga sememangnya tidak pernah meletakkan ‘Sabah’ sebahagian daripada parti itu.

“Warisan tidak pernah menjadi khas untuk Sabahan dan kita kini mahu memperluaskan pengaruh parti ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harus diingatkan, parti ini bukan parti yang didaftarkan di Sabah sahaja, tetapi didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di Putrajaya,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Kelmarin, Warisan secara rasmi melebarkan sayapnya ke semenanjung selepas melancarkan parti itu ke peringkat nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby.

Turut hadir Presiden Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang akan menjalinkan kerjasama dengan Warisan secara rasmi.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, pengumuman tersebut bukanlah bermaksud Warisan akan menjadi entiti berbeza sebalikna parti itu akan terus bekerjasama dengan parti-parti lain sebagai pembangkang bagi penggal ini.

“Setakat ini mengenai kerjasama dengan pembangkang, kita masih teruskan. Itu penting bagi kita namun kerjasama yang kita telah bincang sekarang adalah dengan Muda tapi selain itu, kita tak tahu lagi.

“Inilah pilihan yang kami sediakan. Kita tak tutup pintu kerjasama tetapi kita perlu tahu juga, kita perlu ada platform. Kalau kita bekerjasama perlu juga kita utamakan bahagian yang bagus,” katanya.

Mohd.Shafie juga membandingkan perpaduan yang terjalin dalam Warisan dengan parti pembangkang lain dengan mendakwa Warisan adalah parti yang paling berbilang kaum.

“Apaila kita lahirkan parti Warisan, siapa presidennya? Shafie Apdal, orang Islam. rumpun Melayu. Siapa timbalannya? Darrell Leiking, dia beragama Kristian, orang muda. Siapa naib presiden? Junz Wong. Dia Cina. Siapa setiausaha agung? Loretto Padua. Siapa bendahari? Terence Siambun. Pelbagai bangsa. bukan satu bangsa,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×