PH angkat 'katak' politik, Muda pilih berkecuali di PRN Melaka - Utusan Malaysia

PH angkat ‘katak’ politik, Muda pilih berkecuali di PRN Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengambil pendekatan berkecuali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan memfokuskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengasasnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Muda membuat keputusan untuk tidak bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya itu. 

Beliau berkata, ini berikutan PH mengangkat politik yang tidak bermaruah dan tidak berprinsip apabila menerima bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ‘melompat’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak minggu lepas, Muda sudah berunding dan ada isyarat positif yang menunjukkan adanya pembangkang berpadu. 

“Namun, akhirnya kepemimpinan PH mengambil keputusan untuk memilih mencalonkan katak-katak politik yang menyebabkan jatuh dan (pelaksanaan) pilihan raya itu di tengah musim pandemik. 

“Dengan itu, Muda membuat keputusan untuk tidak bersama PH dalam pilihan raya ini kerana mengangkat politik tidak bermaruah, tidak berprinsip dan mengangkat katak-katak politik.

“Muda juga berperindian berkecuali tidak bertanding dalam pilihan raya ini dan untuk fokus PRU-15 bagi memperkasa politik khidmat serta politik dasar sama ada di Parlimen atau di luar Parlimen,” katanya secara langsung melalui hantaran Facebooknya hari ini. 

27 Oktober lepas, Muda yang ditolak pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengumumkan meletakkan calon bertanding dalam PRN Melaka menggunakan tiket PH. 

Bagaimanapun, PH pada pengumuman calonnya memutuskan untuk bertanding di kesemua 28 DUN pada pilihan raya itu tanpa mempunyai kerusi buat Muda. 

PH juga mencalonkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang akan bertanding di kawasan DUN Asahan dan Datuk Nor Azman Hassan yang akan mempertahan DUN Pantai Kundor. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×