PRN Melaka: Bersatu pertaruh 15 calon, 43% calon berusia 40 tahun

Bersatu pertaruh 15 calon PRN Melaka

MUHYIDDIN Yassin (belakang, tengah) bersama calon-calon PN pada Majlis Pengumuman Calon PN dan Penyerahan Watikah Calon sempena PRN Melaka di Hotel Glenmarie, Shah Alam, Selangor, hari ini. - FOTO/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan 15 calon daripada Bersatu dan masing-masing lapan Pas dan lima (Gerakan) sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, dari segi latar belakang calon, 43 peratus daripada calon adalah berusia 40 tahun ke bawah dan sebahagian besarnya adalah golongan profesional dan berpendidikan tinggi.

Katanya, parti-parti komponen PN yang akan mengambil bahagian pada PRN Melaka telah mencapai kata sepakat dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN yang diadakan semalam mengenai pembahagian kerusi dan senarai calon yang akan bertanding.

“Daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Bersatu bertanding sebanyak 15 kerusi, Pas lapan kerusi dan Gerakan 5 kerusi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon PN untuk PRN Melaka dan Penyerahan Watikah Calon, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRN Melaka pada 8 November manakala tarikh mengundi pula pada 20 November.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertindak menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×