Tok Mat, SD itu tak boleh pakai - Anthony  - Utusan Malaysia

Tok Mat, SD itu tak boleh pakai – Anthony 

KERATAN akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menyifatkan akuan bersumpah (SD) tidak memadai untuk menghalang seseorang wakil rakyat itu lompat parti. 

Katanya, ini kerana penguatkuasaan Akta Anti Lompat Parti sahaja yang boleh menghalang seseorang itu untuk lompat parti. 

“Tok Mat (Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan), SD itu tak boleh pakai untuk menghalang wakil rakyat lompat parti, yang hanya boleh dikuatkuasakan ialah Akta Anti Lompat Parti diiluluskan di Parlimen selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tok Mat sendiri pernah menerima katak politik semasa penggal pertama beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau yang menang atas tiket Dap pada Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2004 dan lompat ke Barisan Nasional (BN) pada tahun 2007. 

“Selepas ini, saya harap semua parti sama-sama menyokong penggubalan Akta Anti Lompat Parti di Parlimen. Biarlah politik ini ada maruah sikit,” katanya dalam satu hantaran Facebook semalam.

Semalam, media melaporkan setiap calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dikehendaki menandatangani SD bagi mengelakkan wakil rakyat yang menang atas tiket parti itu melompat parti. 

Mohamad dilaporkan berkata, semua bakal calon perlu menandatangani aku janji dan dua atau tiga lagi perjanjian sebelum diberi watikah. 

Jelas beliau, langkah itu penting bagi memastikan kestabilan politik tanah air terutama di Melaka selepas berakhirnya PRN. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×