Sunway lancar projek baharu - Utusan Malaysia

Sunway lancar projek baharu

LAKARAN artis antara projek yang bakal dibangunkan oleh Sunway Property. – GAMBAR/SUNWAY PROPERTY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Property melancarkan empat projek pembangunan baharu menerusi kempen “Always With You 2021” yang dirancang bagi menyesuaikan kehidupan norma baharu.

Projek-projek tersebut adalah Sunway Artessa, Sunway d’hill, Sunway Velocity TWO Tower D dan Sunway Belfield Tower C berjumlah RM1.8 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV).

Pengarah Eksekutif Wilayah Tengah, Chong Sau Min berkata, kesemua pelancaran baharu itu merangkumi pertimbangan reka bentuk lestari yang memberikan perkembangan yang disokong kemudahan gaya hidup, bangunan berkualiti, kualiti udara yang lebih baik serta memberikan penjimatan kos untuk tenaga dan air.

Ujar beliau, pihaknya mengenal pasti minat baharu pada rumah yang mengutamakan kesejahteraan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19.

“Setiap pembangunan terletak di lokasi strategik dengan reka bentuk yang teliti, landskap yang menarik dan ciri-ciri norma baharu termasuk lobi ruangan semula jadi, ruang kerja bersama dan ciri lain untuk kehidupan lestari dengan harga bermula dari RM525,000.

“Kami juga mengutamakan pengudaraan semula jadi dan sinar matahari, dengan pemandangan luar yang memberikan ketenangan yang sangat diperlukan untuk suasana kerja dan pembelajaran dalam talian,” katanya dalam kenyataan.

Sunway Serene, permata tersembunyi di Petaling Jaya, memberikan pengalaman hidup tepi tasik premium yang unik, dikelilingi kehijauan dan lengkap dengan laluan joging 1.2 kilometer (km) di tepi tasik dengan pemandangan lapangan golf 36 lubang serta tasik 15 ekar.

Terdapat pusat rawatan dalam pembangunan itu sendiri yang disokong oleh penyedia perkhidmatan kesihatan Sunway Medical Center selain sebanyak 49 kemudahan gaya hidup eksklusif termasuk Lazy River selebar 210 meter.

Sunway Velocity TWO, dengan GDV RM2 bilion terletak di tapak seluas 8.5 hektar di Cheras, Kuala Lumpur, lengkap dengan pusat membeli-belah, pusat perubatan, institusi pendidikan, hotel premis peruncitan dan pejabat.

Sunway Belfield terletak di pusat bandar dan hanya 400 meter dari Stesen Monorel Maharajalela, berdekatan Jalan Petaling yang ikonik di mana banyak terdapat lokasi makanan, budaya dan warisan seni bina menarik.

Bagi mereka yang mencari unit kediaman yang lebih besar terutamanya dalam norma baharu supaya mereka dapat bekerja dari rumah dengan lebih selesa, pemaju akan melancarkan Sunway Artessa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Untuk memenuhi minat baharu terhadap kesihatan dan kesejahteraan, pemaju juga akan melancarkan Sunway d’hill bagi mereka yang menghargai kehidupan dan kecergasan. Penduduk akan menghadap ke Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara, sebuah hutan hujan dara seluas 857 ekar yang terletak hanya 100 meter, lengkap dengan laluan pendakian sejauh 14km.

Kempen akan berlangsung dari 15 Oktober hingga 31 Disember 2021. Pembeli dapat memanfaatkan pembayaran tanpa faedah sehingga 12 bulan untuk simpanan sehingga RM23,000.

Pemaju telah menyemak semula sasaran penjualannya kepada RM2.2 bilion tahun ini, setelah melepasi sasaran penjualan awalnya sebanyak RM1.6 bilion pada separuh pertama tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×