Segera wujudkan gelembung IPT - Utusan Malaysia

Segera wujudkan gelembung IPT

Presiden Akademi Profesor Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Mohd. Nasir Daing Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gelembung Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTS) dalam kampus perlu disegerakan bagi membolehkan sesi pembelajaran secara bersemuka dimulakan sepenuhnya menjelang September atau Oktober ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Akademi Profesor Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Mohd. Nasir Daing Ibrahim berkata, pembukaan pusat pengajian tinggi secara bersemuka perlu bagi memastikan tiada mahasiswa yang tercicir dan kurang pemahamannya dalam pembelajaran.

Menurut beliau, pembelajaran atas talian tidak mencukupi kerana tiada bimbingan praktikal dan latihan kemahiran buat pelajar IPTA dan IPTS berkenaan.

“Persekitaran kampus yang membolehkan pelajar berinteraksi, mempunyai aktiviti sukan, aktiviti persatuan dan berinteraksi secara fizikal. Itu adalah cara semula jadi kita manusia (iaitu) prantik dalam kehidupan.

“Dalam talian, memang boleh jika mahu imuniti 50 peratus atau 70 peratus, 50 peratus, tetapi kewujudan hidup dalam kampus perlu ada bagi melengkapi kehidupan mahasiswa,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pembukaan sekolah dianjakkan ke 3 Oktober berbanding perancangan asal pada 1 September ini selepas mengambil kira keadaan pandemik semasa.

Namun, pembukaan IPT menjelang pembukaan semester pada September dan Oktober ini masih lagi menjadi persoalan.

Dalam pada itu, Naib Canselor Universiti Antarabangsa UNITAR, Profesor Emeritus Tan Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menyifatkan sesebuah IPT itu boleh menggunakan konsep blended bagi pembukaan IPT iaitu dengan separuh secara bersemuka dan separuh lagi secara atas talian.

“Pendaftaran boleh, tetapi kuliah itu boleh ditentukan oleh IPT, malah kursus praktikal itu boleh dibuka dengan syarat-syarat pmatuhan operasi prosedur standard (SOP) ketat.

“Kita hendak adakan full (penuh) memang tidak boleh, bahkan boleh memudaratkan kerana full tidak mampu dikawal.

“Bahkan kita juga boleh buat seperti 30 peratus bersemuka dan 70 peratus atas talian dengan memberi keutamaan kepada kursus praktikal serta SOP yang ketat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×