Rizab BNM AS$111.1 bilion - Utusan Malaysia

Rizab BNM AS$111.1 bilion

1mdb
MPC memutuskan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas setelah mengambil kira prospek pertumbuhan dalam negara yang terus berdaya tahan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$111.1 bilion (RM467.95 bilion) pada 30 Julai lalu.

“Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek,” jelas bank pusat itu dalam satu kenyataan.

Menurut BNM, komponen rizab terdiri daripada mata wang asing berjumlah AS$103.2 bilion (RM434.678 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.4 bilion (RM5.897 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$1.2 bilion (RM5.054 bilion), emas AS$2.2 bilion (RM9.266 bilion) dan lain-lain aset AS$3.1 bilion (RM13.057 bilion).

Katanya, aset-aset pula terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain termasuk SDR berjumlah RM461.834 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.223 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM727.36 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM20.37 bilion), tanah dan bangunan (RM4.163 bilion) serta aset-aset lain (RM15.61 bilion).

Tambahnya, modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar sebanyak (RM100 juta), rizab (RM184.721 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.47 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM141.83 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM15.66 bilion), lain-lain deposit (RM7.96 bilion), kertas Bank Negara (RM8.5 bilion), peruntukan SDR (RM7.98 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.72 bilion).  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×