Sambung tugas menteri: Anthony Loke kekal kunci mulut - Utusan Malaysia

Sambung tugas menteri: Anthony Loke kekal kunci mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

​​GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook masih mengunci mulut mengenai gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, supaya menyambung tugas sebagai Menteri Pengangkutan.

Anthony yang ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2026 di Air Itam di sini hari ini hanya tersenyum ketika diajukan soalan mengenai perkara itu.

“Hari ini, fokus saya hanya kepada Pulau Pinang. Terima kasih,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Perdana Menteri berkata, sukar menerima hasrat Anthony meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, meskipun memberikan alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Beliau turut meminta Anthony yang sedang bercuti supaya menyambung tugas sebagai menteri secepat mungkin.

Pada 6 November lalu, Anthony mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediamannya di ibu negara untuk menjalani tahanan rumah.

Najib mendapat pengampunan bersyarat dengan perlu menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya membayar denda RM50 juta.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-64, pada 18 September lalu.

Najib tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta pada 10 November lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini