Tidak salah ada hiburan dalam majlis konvokesyen asalkan dilaksanakan dengan beretika - Zehra Zambri

Tidak salah ada hiburan dalam majlis konvokesyen asalkan dilaksanakan dengan beretika – Zehra Zambri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zehra Zamri berpendapat hiburan tidak salah diadakan pada majlis konvokesyen universiti tetapi pelaksanaannya perlu mengikut kesesuaian dan tidak keterlaluan.

Zehra, 39, berkata, persembahan hiburan boleh dijadikan acara selingan untuk memeriahkan majlis, asalkan tidak mengabaikan etika dan adab yang perlu dijaga sepanjang majlis berlangsung.

“Sekarang ini sudah jadi isu tentang hiburan ala konsert pada majlıs konvokesyen universiti. Pandangan saya ia harus dilihat secara menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hiburan itu tidak salah cuma ia perlu dilaksanakan dengan beretika dan tidak mengabaikan aspek kesesuaian dan adab. Perlu ada hiburan selingan tapi haruslah tidak keterlaluan,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Mengulas lanjut, Zehra berpendapat, lagu yang dipilih untuk persembahan pada majlis berkenaan sebaiknya mempunyai unsur seni budaya tempatan atau nilai patriotik.

Katanya, pemilihan lagu sedemikian lebih sesuai dengan suasana majlis konvokesyen yang turut menjadi acara meraikan kejayaan para graduan.

“Lebih molek jika lagu yang dipersembahkan melambangkan seni budaya atau mempunyai nilai patriotik,” katanya.

Dalam hantaran Threads berkenaan, Zehra turut berkongsi gambarnya apabila pernah diundang membuat persembahan pada majlis konvokesyennya sendiri pada 2013 dahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini