The Cats semakin dekat lakar sejarah ACL 2

The Cats semakin dekat lakar sejarah ACL 2

KUCHING City FC meraikan kemenangan ke atas Phnom Penh Crown FC 3-0, kelmarin. - IHSAN KUCHING CITY FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain Kuching City yang kini menghampiri satu lagi sejarah baharu dalam debut mereka di pertandingan di pentas Asia.

Pada aksi kelima Kumpulan H Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) di Stadium Taha Ariffin, kelmarin, The Cats berjaya melunaskan dendam apabila kalahkan Phnom Penh Crown FC 3-0 sekali gus buka harapan untuk layak ke pusingan 16.

Pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak berkata, sikap pemain menjadi kunci utama kepada kejayaan kali ini dan kekal dengan kemahuan tampil secara lebih konsisten.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mahu memberikan kredit kepada semua pemain kerana mereka bekerja keras dalam latihan dan perlawanan. Mereka membuktikan kesungguhan dengan memberikan segala-galanya.

“Ini yang kita sering perkatakan sebelum dan selepas perlawanan, kami kena konsisten. Kita dapat melihat pasukan ini semakin berkembang dan perkara itu perlu diteruskan, bukan dihentikan,” katanya.

Berbeza ketika tewas kepada 1-2 kepada lawan sama pada perlawanan pertama, kali ini jentera serangan Kuching City nyata lebih tajam apabila memperoleh jaringan menerusi penyudah sempurna Safawi Rasid, Jerome Etame dan Dylan Wenzel-Halls.

The Cats kini berada di tangga kedua Kumpulan H, berkongsi tujuh mata dengan Gangwon FC dan akan berkunjung ke Stadium Mong Kok untuk perlawanan keenam Kumpulan H menentang Kitchee SC, Khamis ini. 

“Daripada segi prestasi, pemain menunjukkan kemahuan, disiplin untuk kekal tanpa bolos dan mampu menjaringkan gol. 

“Semua ini hadir kerana keazaman pemain kerana bagi kami, tidak kira aksi domestik atau pun antarabangsa, setiap perlawanan adalah cukup penting,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini