Mogok pekerja lumpuhkan tren London, jejas jutaan penumpang

Mogok pekerja lumpuhkan tren London, jejas jutaan penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perkhidmatan tren bawah tanah London dijangka mengalami gangguan besar sejak semalam apabila kakitangan memulakan siri pertama daripada lapan hari mogok yang dijadualkan secara berasingan sepanjang musim sejuk ini, sekali gus menjejaskan perjalanan jutaan penumpang.

Rangkaian kereta api bawah tanah yang dikenali sebagai ‘The Tube’ itu digunakan antara tiga juta hingga empat juta penumpang setiap hari.

Mogok selama 24 jam itu, yang dijangka berlanjutan sehingga malam ini, menyebabkan tiga laluan digantung operasinya, termasuk laluan utama yang menghubungkan pusat bandar London dengan Lapangan Terbang Heathrow.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pihak berkuasa pengangkutan London memaklumkan seluruh rangkaian akan berdepan gangguan dan pengurangan perkhidmatan, selain operasi dihentikan lebih awal.

Kesatuan Kebangsaan Pekerja Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan (RMT) yang menganjurkan mogok berkenaan berkata, cadangan pengaturan kerja baharu yang membolehkan pemandu memilih minggu bekerja empat hari akan memburukkan keadaan mereka kerana perlu mengendalikan tren untuk tempoh lebih lama.

Dua lagi mogok selama 24 jam dijadualkan pada pertengahan Disember, diikuti tindakan sama pada Januari dan Februari.

Syarikat Lime, antara penyedia utama perkhidmatan basikal elektrik di London yang mempunyai kira-kira 50,000 alat itu berkata, pihaknya bersedia menghadapi peningkatan permintaan susulan mogok itu, seperti yang berlaku ketika tindakan sama sebelum ini.

Mogok pertama daripada lapan siri tindakan oleh pemandu tren bawah tanah itu bermula pada tengah hari Khamis selepas rundingan saat akhir pada Selasa gagal mencapai kata sepakat dalam pertikaian berpanjangan berhubung cadangan minggu bekerja empat hari bagi pemandu tren.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini