Zi Yu-Noraqilah mara suku akhir

Zi Yu-Noraqilah mara suku akhir

LOW Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India, selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Ananya Arun-Anjana Manikandan.

Gandingan negara itu yang juga pilihan keenam mempamerkan aksi meyakinkan untuk mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-16 sekali gus mengesahkan slot ke kelompok lapan terbaik.

Di suku akhir esok, Zi Yu-Noraqilah bakal berdepan wakil England, Abbygael Harris-Estelle Van Leeuwen dalam misi memburu tempat ke separuh akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abbygael-Estelle mara ke suku akhir selepas menumpaskan satu lagi wakil tuan rumah, A Neysa Cariappa-Pravandhika Raghavan 21-18, 21-7.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Haikal Nazri apabila tersingkir selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin.

Arif-Haikal gagal menyaingi rentak pilihan utama itu apabila tewas 10-21, 10-21 dalam tempoh 28 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini