Russia sorok lebih 720,000 kematian tentera

Russia sorok lebih 720,000 kematian tentera

ANGKA korban askar Russia melebihi jumlah kematian tentera Soviet ketika perang di Afghanistan dan dua perang Chechnya.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Hampir 750,000 anggota tentera Russia terbunuh sejak negara itu melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 2022, dengan purata seorang anggota tentera maut setiap empat minit, menurut analisis data rasmi yang dibocorkan.

Media pembangkang Russia, Mediazona dan Meduza, melaporkan pada Isnin seramai 490,000 anggota tentera negara itu disahkan terbunuh berdasarkan rekod agensi perangkaan, Rosstat, sehingga akhir September lalu.

Bagaimanapun, jumlah korban sebenar dianggarkan melebihi 720,000 orang selepas mengambil kira kelewatan pelaporan serta anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika bertugas dan dipercayai terbunuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kedua-dua media itu, angka berkenaan melebihi jumlah kematian tentera Soviet ketika perang di Afghanistan pada 1980-an serta dua perang Chechnya pada 1990-an dan awal 2000-an.

Jumlah korban itu juga merupakan antara maklumat yang sekian lama cuba dirahsiakan oleh Kremlin.

Rosstat menghentikan penerbitan data demografi pada 2025 bagi menyembunyikan peningkatan jumlah kematian anggota tentera akibat perang itu.

Mediazona dan Meduza bersama beberapa media lain memperoleh data rasmi berkenaan selepas dua kumpulan penggodam pro-Ukraine, Cyber Partisans dari Belarus dan Silent Crow, berjaya menceroboh pelayan Rosstat awal bulan ini.

CNN tidak dapat mengesahkan angka berkenaan secara bebas. Bagaimanapun, data bocor yang disahkan itu selaras dengan anggaran terdahulu oleh penganalisis dan agensi perisikan Barat.

Mediazona dan Meduza sejak sekian lama merekodkan jumlah korban tentera Russia berdasarkan dokumen pewarisan, notis kematian serta pelbagai rekod lain yang boleh diakses orang awam.

Dengan menganalisis perbezaan antara tarikh kematian dan tarikh pendaftaran kematian serta membandingkannya dengan notis pencarian yang diterbitkan oleh ahli keluarga, wartawan kedua-dua media itu menganggarkan kira-kira 230,000 kematian masih belum dilaporkan secara rasmi.

Seperti Russia, Ukraine juga tidak mendedahkan data rasmi jumlah korban tenteranya, meskipun Presiden Volodymyr Zelensky secara terbuka mengakui skala kehilangan anggota tentera dalam pertempuran.

Kajian terbaharu Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) pada Julai lalu menganggarkan Ukraine mencatatkan antara 525,000 hingga 625,000 korban, termasuk 125,000 hingga 150,000 kematian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini