Wanita ditahan baling 'syiling tuah' ke pesawat

Wanita ditahan baling ‘syiling tuah’ ke pesawat

WARGA emas ditahan selama lima hari selepas membaling empat keping syiling ke arah bahagian hadapan pesawat.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WUHAN: Seorang warga emas ditahan selama lima hari di China selepas membaling empat keping syiling ke arah pesawat sebagai amalan memohon keselamatan perjalanan, menyebabkan penerbangan ke Sanya tertangguh selama 58 minit.

Kejadian berlaku pada 16 November lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe ketika penumpang menaiki pesawat menuju ke pulau Hainan.

Insiden itu kembali menjadi perhatian pada Isnin lalu selepas penyiar kerajaan, CCTV, menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang serta temu bual pegawai yang mengendalikan kes tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis lapangan terbang Hubei berkata, wanita berusia 61 tahun itu dalam perjalanan bersama tiga ahli keluarganya untuk bercuti di Hainan.

Ketika mendukung seorang kanak-kanak dan tiba di pintu kabin pesawat, wanita itu mengeluarkan empat keping syiling dari poket sebelum membalingnya ke arah bahagian hadapan pesawat.

Syiling berkenaan terjatuh ke kawasan apron melalui ruang antara pintu kabin dengan jambatan udara yang menghubungkan terminal dan pesawat.

Operasi pengendalian darat bagi penerbangan itu dihentikan serta-merta bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan dijalankan.

Hampir 10 pekerja penyelenggaraan mengambil masa lebih 50 minit untuk memeriksa kawasan apron dan ruang enjin bagi mengesan objek asing sebelum semua syiling berjaya ditemukan.

Wanita berkenaan memberitahu polis dia mengikut kepercayaan tradisional yang menyatakan perbuatan membaling syiling ketika melintasi jambatan dapat menjamin keselamatan perjalanan.

Polis mendakwanya mengikut Artikel 26 undang-undang hukuman atas kesalahan mengganggu ketenteraman dalam kenderaan awam sebelum mengenakan tahanan pentadbiran selama lima hari.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini