Saarani umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji - Utusan Malaysia

Saarani umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji

SAARANI Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji menerusi Belanjawan 2027.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian BKK itu termasuk kepada ahli-ahil ex-officio, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua guru lantikan negeri yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak, orang besar jajahan dan kakitangan di bawah Kontrak MySTEP.

“Pemberian itu sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan sumbangan mereka yang bekerja di belakang tabir pentadbiran negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada yang memastikan urusan rakyat diselesaikan, ada yang turun ke lapangan menyantuni masyarakat, dan ada yang terus memikul amanah walaupun berhadapan pelbagai cabaran,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

Menurut beliau, selain penjawat awam, kerajaan negeri turut berbesar hati memanjangkan BKK pada kadar RM600 untuk Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisional, Kampung Baru Cina dan India serta tok batin.

Katanya, BKK ini turut diperluaskan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru KAFA, guru i’dadi dan thanawi, guru serta penyelia tadika Islam, guru Aiman dan guru agama dakwah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), masing-masing pada kadar RM400.

“Sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri turut memanjangkan BKK kepada semua Pusat Khidmat DUN pada kadar dua bulan elaun, iaitu berjumlah RM20,000.

“Bayaran penuh BKK itu akan dibuat pada Disember depan manakala BKK untuk Pusat Khidmat DUN pula pada Januari 2027,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini