Siasat Ahli Parlimen didakwa gugat sensitiviti agama -PM - Utusan Malaysia

Siasat Ahli Parlimen didakwa gugat sensitiviti agama -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menyiasat seorang Ahli Parlimen yang didakwa membuat kenyataan menggugat sensitiviti keagamaan ketika mengunjungi Terengganu, baru-baru ini.

Tanpa menamakan Ahli Parlimen berkenaan, Perdana Menteri menegaskan tiada pihak terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan sekiranya membangkitkan isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Beliau sekali gus mengaku tidak bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen terbabit yang dilapor mempersoalkan penutupan premis perniagaan bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenyataan Ahli Parlimen terbabit, saya tidak bersetuju. Itu jelas.

Walaupun kini sudah minta maaf, itu saya serah kepada siasatan. Apakah kenyataan dibuat selepas mohon maaf, itu keputusan PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai tindakan ke atas seorang Ahli Parlimen yang didakwa mengeluarkan kenyataan menggugat sensitiviti keagamaan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini