Tiada lesen judi baharu dikeluarkan - Utusan Malaysia

Tiada lesen judi baharu dikeluarkan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada lesen baharu dikeluarkan bagi aktiviti perjudian sejak 1990-an, sebaliknya hanya mengawal selia operasi perjudian berlesen sedia ada.

Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen berkata, sebarang langkah mengubah dasar berkaitan perjudian perlu mengambil kira asas perundangan sedia ada, keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan, risiko peningkatan aktiviti tidak berlesen serta kesejahteraan masyarakat majmuk di negara ini.

Menurutnya, penambahan sekatan terhadap pemberian lesen kepada sesuatu sektor perniagaan tidak semestinya dapat menghapuskan aktiviti berkenaan sekiranya permintaan masih wujud, khususnya menerusi saluran tidak berlesen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, pendekatan yang menyeluruh, merangkumi penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen, usaha semua pihak dalam meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab masyarakat adalah juga penting dan bukan sekadar dari sudut pentadbiran pelesenan,” katanya.

Kementerian menjelaskan perkara itu bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan pertimbangan kementerian untuk menyemak semula pemberian lesen di bawah Akta Pertaruhan Wang Terkumpul 1967, khususnya di negeri-negeri yang melaksanakan dasar sifar judi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini