Banjir landa Terengganu, 123 mangsa dipindahkan - Utusan Malaysia

Banjir landa Terengganu, 123 mangsa dipindahkan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

​KUALA NERUS: Seramai 123 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan susulan bencana banjir yang melanda pada Isnin.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Nerus, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Tok Jembal di sini mula diaktifkan jam 9 malam.

Menurutnya, setakat pukul 5 pagi, seramai 28 lelaki, 31 perempuan, tujuh warga emas lelaki dan tujuh warga emas perempuan dipindahkan ke PPS tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, ia turut melibatkan seramai 24 kanak-kanak lelaki, 21 kanak-kanak perempuan, empat bayi lelaki serta seorang orang kurang upaya (OKU) perempuan.

Sementara itu, keadaan cuaca di daerah tersebut dilaporkan hujan renyai dengan trend paras air menunjukkan peningkatan secara perlahan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini