Alcaraz lengkapkan koleksi gelaran utama

Alcaraz lengkapkan koleksi gelaran utama

CARLOS Alcaraz bergambar bersama trofi ATP Finals, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Jaguh tenis No.3 dunia, Carlos Alcaraz melengkapkan koleksi kejuaraan utama dalam kariernya apabila menjuarai ATP Finals buat kali pertama selepas menewaskan pemain No.1 dunia, Alexander Zverev 6-2, 7-6 (9/7) dalam aksi final di Turin, Itali, semalam.

Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 23 tahun, itu menyertai kelompok legenda Roger Federer, Andre Agassi dan Novak Djokovic sebagai pemain yang pernah memenangi keempat-empat kejohanan Grand Slam serta ATP Finals.

Alcaraz turut mencipta sejarah sebagai pemain Sepanyol pertama menjuarai kejohanan penutup musim itu sejak Alex Corretja melakukannya pada 1998, selepas Rafael Nadal gagal meraih gelaran berkenaan sepanjang kariernya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemain itu sebelum ini turut mencipta sejarah sebagai lelaki termuda melengkapkan Grand Slam Kerjaya menerusi kemenangan di Terbuka Australia pada awal musim.

“Ini minggu yang menakjubkan. Saya tidak dapat menamatkannya dengan cara lebih baik dan saya sangat bangga,” katanya.

Alcaraz menutup musim dengan gelaran keenam selepas bangkit daripada kecederaan pergelangan tangan yang menyebabkannya terlepas sebahagian besar saingan pertengahan musim.

Sejak kembali beraksi pada Ogos, pemain Sepanyol itu memenangi 14 perlawanan terakhir, termasuk merangkul gelaran di Terbuka Vienna dan Paris Masters buat kali pertama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini