SpiceJet masih jual tiket penerbangan bermasalah

SpiceJet masih jual tiket penerbangan bermasalah

SPICEJET membatalkan lebih separuh daripada penerbangan yang dijadualkan setiap hari.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Syarikat penerbangan India, SpiceJet, didakwa menjual tiket bagi penerbangan yang tidak dikendalikannya, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai ketelusan maklumat kepada penumpang ketika syarikat itu berdepan masalah kewangan.

India Today melaporkan, laman web SpiceJet masih menerima tempahan bagi penerbangan dari Delhi ke Dubai yang dijadualkan pada 24 November tanpa sebarang amaran mengenai kemungkinan gangguan perkhidmatan.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan berikutan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai menggantung kemudahan daftar masuk penumpang SpiceJet pada 12 November susulan dakwaan tunggakan byaran sebanyak 14 juta dirham UAE (RM16 juta) kepada syarikat pengendalian darat, dnata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susulan tindakan itu, empat penerbangan SpiceJet ke India dibatalkan pada hari berkenaan.

SpiceJet berkata, pihaknya sedang berusaha menyelesaikan isu berkenaan dan mempunyai jaminan bank yang mencukupi bagi menanganinya.

“Kami mempunyai perlindungan jaminan bank yang mencukupi dan sedang berusaha memastikan isu ini diselesaikan secepat mungkin,” menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.

Ketika membuat semakan di laman web SpiceJet, akhbar The Independent mendapati penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, Dubai (DWC) tidak tersedia untuk tempahan.

Bagaimanapun, tempahan bagi penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai masih dibuka.

India Today turut melaporkan  penerbangan SG-5060 dari Mumbai ke Dubai, yang didakwa tidak beroperasi selama seminggu, masih disenaraikan untuk tempahan pada 21 November.

Menurut The Times of India, SpiceJet membatalkan lebih separuh daripada penerbangan yang dijadualkan setiap hari, dengan hanya mengendalikan kira-kira 15 penerbangan berbanding 66 penerbangan yang diluluskan di bawah jadual penerbangan musim sejuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini