KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita kebangsaan kembali menemui rentak kemenangan apabila menundukkan Korea Selatan 3-1 dalam aksi ketiga Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2026 di Bhopal, India, hari ini.
Kemenangan penting itu membolehkan skuad Speedy Tigress meraih tiga mata berharga untuk mengumpul empat mata selepas mengharungi tiga perlawanan, sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga keempat daripada enam pasukan yang bersaing.
Selepas kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan pada separuh masa pertama, Malaysia akhirnya membuka tirai jaringan menerusi Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad yang menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-33.
Bagaimanapun, kegembiraan skuad negara tidak bertahan lama apabila Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan menerusi Seunghwa Mun, juga hasil pukulan sudut penalti, tiga minit kemudian.

Skuad negara terus mempertahankan kelebihan itu sebelum Siti Nur Irdina Mohd Nor melengkapkan kemenangan bergaya menerusi pukulan penalti pada minit ke-60 untuk mengesahkan keputusan 3-1.
Sementara itu, Jepun terus mengungguli carta kedudukan dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan berturut-turut, diikuti India di tangga kedua dengan enam mata.
China pula menghuni kedudukan ketiga dengan empat mata, berkongsi jumlah mata bersama Malaysia yang berada di tangga keempat.
Korea Selatan masih kempunan mengutip sebarang mata selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut, manakala Thailand menghuni tangga tercorot selepas mengharungi dua perlawanan.
Speedy Tigress seterusnya bakal berdepan ujian getir apabila dijadual menentang pendahulu liga, Jepun dalam aksi keempat pada Selasa. – UTUSAN