Wajah kita akan dimamah usia, kejujuran jiwa dan disiplin terus hidup selamanya - Ogy

Wajah kita akan dimamah usia, kejujuran jiwa dan disiplin terus hidup selamanya – Ogy

FAUZIAH AHMAD DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Gemilang populariti hanya sementara dan wajah kita akan dimamah usia. Namun, dengan kejujuran jiwa serta disiplin, nama akan terus hidup selamanya.”

Itu pesanan yang disampaikan Ogy atau Fauziah Ahmad Daud, 64, selepas menerima Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), malam tadi, sebagai nasihat kepada generasi baharu yang mahu menceburi bidang lakonan.

Menerusi ucapannya, Ogy turut mengabadikan penghargaan tersebut buat ibunya, Allahyarham Seniwati Saadiah yang mendorongnya menceburi dunia lakonan meskipun bidang itu bukan minatnya ketika mula melangkah ke dunia seni.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih Allah kerana memberi saya peluang merasai nikmat ini sementara saya masih bernafas. Selepas lima dekad mengembara dalam dunia seni tanpa minat pada mulanya, saya pernah bertanya kepada diri sendiri dan jawapannya, ini adalah rahsia Tuhan.

“Kerana Tuhan menggerakkan hati, arwah mak melihat bakat dalam diri ini sedangkan saya sendiri buta. Melalui tangannya, saya terus mencari ilmu daripada guru hebat yang menekankan kejujuran dalam setiap naskhah,” katanya.

Ogy berkata, penghargaan itu turut didedikasikannya kepada jasa individu yang banyak membimbing dan membantunya sepanjang perjalanan sebagai anak seni, termasuk guru, penerbit, pengarah, penulis serta kru produksi.

“Trofi ini adalah milik semua guru saya, penerbit, penulis, pengarah, kru belakang tabir dan rakan seperjuangan termasuk barisan pelakon yang berkongsi nafas dengan saya di set penggambaran.

“Nyalakan terus obor seni kalian untuk generasi akan datang kerana seni tidak akan pernah mati. Mak, saya dapat trofi ini kerana mak,” ujarnya.

Menerusi pengiktirafan berprestij itu, Ogy membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Selain Ogy, penganjur FFM35 turut mengiktiraf sumbangan besar pelakon legenda tanah air, Ahmad Yatim sebagai penerima trofi Anugerah Khas Sepanjang Zaman pada malam bersejarah tersebut.

Semalam, seniwati Fauziah Ahmad Daud diumumkan menerima Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

Selain Ogy, trofi Anugerah Khas Sepanjang Zaman turut diberikan kepada aktor legenda Ahmad Yatim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini