Raja dadah Mexico ditahan FBI

Raja dadah Mexico ditahan FBI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang raja dadah Mexico yang berada dalam senarai 10 penjenayah paling dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berjaya diberkas susulan insiden berbalas tembakan dengan pihak berkuasa tempatan, lapor stesen penyiaran BBC.

Menurut kenyataan Sekretariat Pertahanan Mexico, suspek utama, Fausto Isidro ‘Chapo Isidro’ Meza Flores bersama tujuh individu lain ditahan oleh pasukan khas negara itu dalam satu serbuan di Guasave, Sinaloa pada Jumaat lalu.

Operasi berkenaan turut menyaksikan tujuh suspek maut, manakala empat anggota tentera Mexico yang sedang dalam perjalanan untuk memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan tersebut terkorban.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meza Flores merupakan individu yang dikehendaki di Mexico atas pertuduhan jenayah terancang, selain turut berdepan tuduhan oleh FBI kerana didakwa ‘membanjiri Amerika Syarikat dengan , kokain, heroin dan pelbagai dadah berbahaya yang lain’.

Susulan penahanan itu, Washington kini sedang memohon proses ekstradisi terhadapnya.

Perkembangan ini berlaku ketika Mexico dilihat semakin mempergiat usaha membanteras jenayah berkaitan narkotik selepas berdepan tekanan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sejak beliau kembali menerajui Rumah Putih.

Sebagai ketua Organisasi, Meza Flores yang juga dikenali sebagai Kartel Guasave, suspek dipercayai telah aktif dalam sindiket pengedaran dadah sejak tahun 1990-an namun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa selama ini dengan mengekalkan profil yang agak rendah.

Sekretariat Pertahanan Mexico memaklumkan, berpandukan maklumat risikan AS mengenai lokasi persembunyiannya, pasukan khas telah melancarkan serbuan menggunakan taktik ‘senyap dan mengejut’ serta mengepung perimeter bagi menghalang suspek melarikan diri dan menyekat bantuan tiba.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan ‘diserang dengan tembakan senjata api dan bahan letupan’ sebelum mereka berjaya menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan dan memberkas Meza Flores.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini