11 lelaki didakwa ahli kumpulan jenayah terancang RT6

11 lelaki didakwa ahli kumpulan jenayah terancang RT6

SEBAHAGIAN daripada 11 lelaki yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang RT6 dikawal ketat pihak polis ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 11 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang RT6.

Mereka ialah Raja Ratanam, K. Sunthreson, C. Vijaya Kumar, N. Nadarajah, T. Raman, R. Vijayan, M. Kumaaran, N. Harichandran, S. Maran, Suwaran Singh and Mohd Atif Mohammad Ali Khan.

Kesemua tertuduh berusia antara 22 dan 48 tahun, dikawal ketat oleh pihak polis ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa telah menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “GengRT6” di daerah Sentul antara 14 Januari 2020 hingga 27 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan me­­­­ngikut Seksyen 130V(1)Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh memandangkan kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hakim Izralizam Sanusi me­netapkan 24 Jun ini bagi sebutan semula kes.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim dan Yazid Mustaqim Roslan.

Tertuduh-tertuduh, Raja Ra­ta­nam, Kumaaran dan Harichandran diwakili peguam bela Datuk Rajpal Singh manakala Sunthreson, Suwaran Singh dan Mohd. Atif diwakili peguam, Eu Kah Mun.

Peguam-peguam bela, M. Ma­thaven, Grace Francis dan Muhammad Izzhar Idris mewakili tertuduh, Vijayan, manakala pe­guam-peguam bela, S.Kirthen dan S.Premila mewakili tertuduh Maran.

Peguam bela, Kelvin Francis mewakili tertuduh Vijaya Kumar namun Nadarajah dan Raman tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan, pihak polis telah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dikenali sebagai ‘Geng RT’ menerusi operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sekitar Lembah Klang, April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, sindiket dipercayai aktif sejak 2020 dan terlibat dalam aktiviti pemprosesan serta pengedaran pelbagai jenis dadah termasuk methamphetamine, heroin dan ganja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN