Polis terima laporan surat peletakan jawatan Ismail Lasim - Utusan Malaysia

Polis terima laporan surat peletakan jawatan Ismail Lasim

ISMAIL LASIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menerima satu laporan berhubung dakwaan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yang diserahkan kepada istana tanpa persetujuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan itu dibuat seorang lelaki berusia 65 tahun di Balai Polis Chow Kit dekat sini, kira-kira pukul 9.55 pagi tadi.

Menurutnya, pengadu membuat laporan berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi laporan media dan beberapa kenyataan berkaitan isu berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengadu turut meminta pihak polis meneliti kemungkinan wujud kaitan antara isu surat peletakan jawatan itu dengan dakwaan konspirasi terhadap kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Bagaimanapun, difahamkan pengadu mengakui tidak mempunyai sebarang bukti langsung bagi mengesahkan dakwaan konspirasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengadu turut memaklumkan tidak mempunyai bukti yang menunjukkan pihak sama terbabit dalam kedua-dua isu.

“Laporan polis itu dibuat bagi memohon siasatan lanjut berdasarkan syak wasangka pengadu susulan maklumat yang diperolehnya,” ujarnya.

Semalam, Ismail berkata, tidak pernah mengemukakan atau memberikan persetujuan berhubung surat peletakan jawatannya yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Perkara itu turut disahkan Istana Negeri Sembilan menerusi kenyataan Pengelola Bijaya Diraja selepas Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban.

Pada 16 November lalu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengumumkan bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail.

Bagaimanapun, istana pada keesokan harinya memaklumkan ketulenan surat yang dihantar pada pukul 12.16 tengah malam itu masih belum disahkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini