Bekalan air enam empangan di Johor susut bukan kerana pusat data - exco negeri

Bekalan air enam empangan di Johor susut bukan kerana pusat data – exco negeri

MOHAMAD FAZLI MOHAMAD SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Propaganda palsu bertujuan menakutkan rakyat dengan mendakwa penyusutan paras air beberapa empangan di negeri ini berpunca daripada pembinaan dan pengoperasian pusat data perlu dihentikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, fakta sebenar telah diseleweng pihak tidak bertanggungjawab bagi memberi gambaran negatif kepada kerajaan negeri.

“Minggu lalu saya keluarkan kenyataan berhubung berlaku penyusutan paras air di beberapa empangan akibat kemarau panjang serta kesan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku sehingga Mac 2027.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan memantau perkara itu bersama agensi berkaitan lain serta mencari langkah mitigasi bagi mengelakkan kesan yang lebih teruk.

“Namun begitu, fakta yang diberikan telah diseleweng dengan cubaan memberi gambaran seolah-olah penyusutan air di empangan berlaku disebabkan pusat data,” katanya ketika berucap pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Baharudin Mohamed Taib (BN-Permas); Datuk Pandak Ahmad (BN-Kota Iskandar) dan R. Kumaran (BN-Bukit Batu) berhubung kawal selia penggunaan air dan elektrik domestik, industri serta pusat data.

Tambah Mohamad Fazli, enam empangan yang mengalami penyusutan paras air adalah Empangan Machap; Empangan Lebam; Empangan Gunung Pulai 2; Empangan Pontian Kechil; Empangan Upper Layang dan Empangan Lower Layang.

“Empangan Machap dan Lebam tidak membekalkan air kepada pusat data yang sedang beroperasi, manakala Empangan Gunung Pulai 2 dan Pontian Kechil membekalkan sebahagian besar bekalan air kepada keperluan pengguna di Pontian.

“Empangan Upper dan Lower Layang pula membekalkan air kepada pengguna domestik serta industri di Pasir Gudang, Plentong, Pandan, Taman Daya dan kawasan sekitarnya,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 19 pusat data yang sedang beroperasi ketika ini menerima bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Semangar dan LRA Sungai Johor yang menggunakan sumber air mentah dari Sungai Johor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini