Ismail Lasim, tiga Undang menghadap Tuanku Muhriz

Ismail Lasim, tiga Undang menghadap Tuanku Muhriz

PETUGAS media berkumpul di hadapan pintu masuk Istana Hinggap bagi mengikuti perkembangan Ismail Lasim dan tiga Undang menghadap Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap di sini, pagi ini.

Kenderaan membawa Ismail memasuki pintu utama Istana Hinggap pada 10.18 pagi selepas Tuanku Muhriz dilihat tiba kira-kira sejam lebih awal.

Ia kemudian disusuli dengan ketibaan kenderaan yang membawa Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan diikuti tiga Undang iaitu Undang Sungei Ujong, Undang Rembau dan Undang Jelebu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu difahamkan menghadap baginda dipercayai bagi membincangkan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri besar pada Isnin lalu.

Selain isu tersebut, turut akan dibincangkan adalah keperluan untuk mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 pada Khamis depan.

Selasa lalu, Istana Negeri Sembilan melalui Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali dalam kenyataan memaklumkan Tuanku Muhriz memperkenankan Ismail menghadap baginda di Istana Hinggap pada 10 pagi ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini