Pochettino tabur janji istimewa buat United

Pochettino tabur janji istimewa buat United

Mauricio Pochettino.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Ketika Manchester United terperosok di tangga ke-18 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya satu kemenangan daripada 10 perlawanan pertama, ketua jurulatih baharu, Mauricio Pochettino tampil menjanjikan musim istimewa buat kelab itu.

Pochettino menyampaikan mesej berkenaan kepada penyokong menerusi video yang dimuat naik di akaun X rasmi kelab, beberapa jam selepas tiba di Manchester, semalam.

Janji itu hadir ketika United berdepan permulaan paling sukar dalam kempen liga mereka, sekali gus meletakkan tekanan kepada pengendali dari Argentina itu untuk segera mengubah nasib pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi mesej berkenaan, beliau berharap dapat mengembalikan kegembiraan penyokong dengan menekankan kepentingan kerjasama erat antara pemain, penyokong dan seluruh warga kelab.

“Saya berharap kita dapat membawa kegembiraan dengan bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang erat.

“Ini akan menjadi musim yang istimewa dan saya berharap anda terus memberikan sokongan kepada pemain untuk berjuang di atas padang serta mendapatkan keputusan yang sewajarnya,” katanya.

Pochettino turut menegaskan kepentingan perpaduan selaras dengan identiti kelab berkenaan, sambil berharap semua pihak dapat berganding bahu bagi memastikan pemain mempamerkan prestasi terbaik

“Semua pihak perlu bekerjasama dan bersatu supaya pemain dapat memberikan prestasi terbaik di atas padang,” katanya.

Pochettino tiba di Manchester selepas mengendalikan perlawanan terakhirnya bersama pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) yang menewaskan Haiti 2-0 di Cincinnati sebelum menuju ke pusat latihan Carrington untuk bertemu pemain dan kakitangan kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini