JS-SEZ: Johor-Singapura biayai kajian keperluan industri, majikan

JS-SEZ: Johor-Singapura biayai kajian keperluan industri, majikan

ONN Hafiz Ghazi menunjukkan Dokumen Belanjawan Johor 2027 sempena Belanjawan Johor 2027 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor hari ini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor dan Singapura akan bersama-sama membiayai kajian bertajuk ‘Johor-Singapore Talent and Skill Gap Study’ untuk mengenal pasti kemahiran diperlukan industri dan majikan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kajian bernilai RM220,000 itu bertujuan membantu institusi latihan menyediakan modal insan berkemahiran untuk mengisi peluang pekerjaan yang dibawa masuk pelaburan ke negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri akan menampung 50 peratus kos manakala bakinya akan dibiayai Kerajaan Singapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelaksanaan kajian ini merupakan susulan keputusan mesyuarat sulung Jawatankuasa Menteri Kerjasama Johor-Singapura (JSCMC) yang diadakan di Gardens by the Bay, Singapura pada 2 November lalu.

“Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir serta Menteri Pembangunan Singapura, Chee Hong Tat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.

Tambah Onn Hafiz, penubuhan JSCMC dipersetujui Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-12 diadakan tahun lalu yang bertujuan untuk memperluas peranan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri.

“Menurut kenyataan bersama selepas mesyuarat sulung itu, projek pelaburan yang diluluskan di JS-SEZ antara Januari 2025 hingga Jun 2026 berpotensi mewujudkan 28,755 peluang pekerjaan.

“Sehubungan itu, generasi muda negeri ini yang sedang memilih kursus atau mahu meningkatkan kemahiran, hasil kajian itu boleh menjadi panduan untuk memilih latihan yang sepadan dengan jenis pekerjaan ditawarkan susulan pelaksanaan JS-SEZ,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini