JOHOR BAHRU: Spekulasi bahawa Barisan Nasional (BN) akan meletakkan beberapa calon tumpang daripada Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang meleset.
Ini susulan pengumuman dibuat Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyaksikan tiada mana-mana calon daripada parti di luar kerjasama BN yang diumumkan akan bertanding.
Sejak beberapa hari lalu, wujud khabar angin bahawa BN akan mengadakan kerjasama politik dengan beberapa parti politik luar.
Ini termasuk dakwaan seramai empat calon daripada Wawasan yang dipimpin Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, serta seorang calon daripada Pas yang dipimpin Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Selain itu, pengumuman yang dibuat di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Johor turut menafikan dakwaan bahawa penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim bakal dibawa masuk sebagai calon khas BN, sebelum ini. – UTUSAN










