Amanah, PH perlu baiki strategi menuju PRU16

Amanah, PH perlu baiki strategi menuju PRU16

KHALID Abdul Samad ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Jengkaut Hidraulik KADA Di Bawah Peruntukan RMK13 di Tendong, Pasir Mas, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Parti Amanah Negara (Amanah) serta Pakatan Harapan (PH) perlu memperbaiki strategi dan pendekatan mereka keputusan kurang memberangsangkan dalam tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, langkah itu perlu diambil, lebih-lebih lagi ketika melihat hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang semakin jelas mahu bersama-sama Pas serta Perikatan Nasional (PN) menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.

Menurutnya, Amanah dan PH sebelum ini tidak bertindak menyerang UMNO serta BN habis-habisan bagi menjaga hubungan di peringkat Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memandangkan keadaan semakin jelas bahawa UMNO dan BN sangat-sangat berpuas hati dengan Pas dan PN maka kita menerima hakikat bahawa PRU16 ini kita akan berdepan dengan gabungan BN-PN.

“Oleh kerana itu, pendekatan kita (PH) dalam menjelaskan mesej yang mahu disampaikan kepada rakyat memang kena diperbetulkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Jengkaut Hidraulik Di Bawah Peruntukan RMK13 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Tendong, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau mengakui Amanah bersama PH memang berdepan kesukaran untuk menang di kawasan majoriti pengundi Melayu apabila undi Pas dan UMNO disatukan.

Katanya, ia bukan perkara baharu dan sekiranya penggabungan dua parti Melayu terbesar itu berlaku pada 10 tahun lalu, Amanah dan PH akan berdepan kesukaran untuk memperoleh kemenangan.

“Daripada segi sokongan yang ada pada UMNO dan Pas berbanding jumlah yang ada pada PH, kita mesti menghadapi realiti baharu dan kena berusaha menangani cabaran daripada gandingan kedua-dua parti itu.

“Ia bukan perkara mudah kerana kedua-dua parti tersebut sudah bertapak selama 60 tahun dan mempunyai penyokong tegar mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini