Verstappen mampu selamatkan Ferrari

Verstappen mampu selamatkan Ferrari

MAX Verstappen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelumba Red Bull, Max Verstappen dilihat mampu membantu Ferrari kembali mencabar kejuaraan dunia Formula Satu (F1) berbanding Lewis Hamilton, menurut bekas prinsipal pasukan Haas, Guenther Steiner.

Steiner berpandangan keperibadian Verstappen yang tidak mudah mengalah mampu menjadi faktor penting untuk memimpin kebangkitan pasukan dari Itali itu, seperti yang pernah dilakukan legenda Ferrari, Michael Schumacher ketika mendominasi F1 pada awal 2000-an.

Hamilton menyertai Ferrari pada 2025 untuk membantu pasukan itu kembali menjuarai F1 selepas hampir dua dekad tanpa gelaran, namun beberapa perselisihan dengan rakan sepasukan, Charles Leclerc menimbulkan persoalan mengenai prestasi pasukan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Steiner turut mempersoalkan kemampuan Hamilton untuk memimpin kebangkitan pasukan itu.

“Persoalannya, adakah dia individu yang mampu membawa pasukan itu meraih kemenangan? Apabila pelumba hebat mengambil alih kepimpinan, mereka berjaya melakukannya. Fernando Alonso pernah mencuba, adakah dia berjaya? Tidak.

“Adakah anda fikir Hamilton individu yang tepat untuk merealisasikan perkara itu?” katanya.

Mengulas mengenai Verstappen, Steiner menyifatkan pelumba Belanda itu memiliki keazaman tinggi untuk memastikan pasukan mencapai kejayaan.

“Anda tahu bagaimana Max. Dia tidak akan berhenti. Dia seorang yang tidak mudah mengalah. Itu mungkin penyelesaiannya,” katanya.

Bagaimanapun, pengacara bersama podcast itu, Brian Muller berkata Ferrari tidak mungkin mendapatkan khidmat Verstappen dalam masa terdekat, sebaliknya perlu memberikan sokongan penuh kepada Hamilton yang berusaha mengembalikan kegemilangan pasukan itu.

Sementara itu, bekas pelumba F1, Ralf Schumacher turut mempersoalkan kemampuan Hamilton memimpin pasukan dengan menyifatkan peranan itu bukan sesuatu yang pernah dipikul juara dunia tujuh kali berkenaan sepanjang kariernya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini