Tiga kuasa besar bersidang di China Khamis ini

Tiga kuasa besar bersidang di China Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mengesahkan Presiden Xi Jinping akan mengadakan sidang kemuncak tiga hala pertama bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Russia, Vladimir Putin di Shenzhen pada Khamis ini.

Kementerian Luar China dalam kenyataan ringkas hari ini berkata, pertemuan itu dijadualkan berlangsung pada 19 November, namun tidak mendedahkan agenda atau perkara yang bakal dibincangkan oleh ketiga-tiga pemimpin berkenaan.

Pertemuan itu dijangka berlangsung di luar sidang kemuncak pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan pada Rabu dan Khamis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kremlin dan Rumah Putih sebelum ini turut mengesahkan pertemuan tiga hala berkenaan.

Pegawai AS berkata, Trump mahu membincangkan usaha mengurangkan jumlah senjata nuklear, selain dijangka membangkitkan isu perang AS di Iran.

Bagaimanapun, konflik Rusia-Ukraine tidak dijangka menjadi agenda perbincangan Trump.

Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier berkata, Jinping menunjukkan rasa kurang senang apabila cadangan untuk membincangkan konflik Ukraine dalam pertemuan tiga hala itu dibangkitkan ketika pertemuan baru-baru ini.

“Beliau secara jelas menegaskan bahawa konflik itu adalah isu Eropah dan negara-negara Eropah juga perlu berada di meja rundingan,” katanya kepada penyiar ARD.

Dalam isu pelucutan senjata nuklear, China sejak sekian lama berpendirian AS dan Russia perlu mengurangkan jumlah besar senjata nuklear masing-masing sebelum Beijing bersetuju mengadakan rundingan mengenai simpanan senjata nuklearnya sendiri.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini