Takungan bawah tanah bantu kurang risiko banjir kilat

Takungan bawah tanah bantu kurang risiko banjir kilat

AWENG EH RAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Takungan air hujan bawah tanah boleh dibina di kawasan padat di Lembah Klang bagi mengurangkan risiko banjir kilat, terutamanya di lo­kasi yang mempunyai ruang terhad di permukaan.

Pensyarah Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Aweng Eh Rak berkata, takungan itu boleh me­nahan air larian hujan buat sementara waktu sebelum disa­lurkan ke sistem perparitan.

“Kita perlu mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dija­dikan takungan semula jadi. Jika ruang di permukaan terhad, takungan boleh dibina di bawah tanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permukaan bertar atau ber­konkrit di luar bangunan juga boleh digantikan dengan bahan telap air supaya air hujan dapat meresap ke dalam tanah,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Menurut Aweng, penggunaan bahan telap air dapat mengurangkan jumlah air yang mengalir terus ke longkang dan sungai ketika hujan le­bat.

Katanya, bangunan juga perlu diwajib menyediakan sistem penuaian air hujan untuk menadah air dari bumbung dan menyimpannya di dalam tangki.

Beliau berkata, bumbung kon­krit yang sesuai pula boleh diubah suai menjadi bumbung hijau.

“Bumbung hijau boleh dibi­na dengan memasang lapisan pe­nakung air dan menanam rumput di atasnya. Lapisan itu menahan sebahagian air hujan buat sementara waktu.

“Apabila lapisan itu sudah pe­nuh, lebihan air dilepaskan se­dikit demi sedikit,” katanya.

Menurutnya, kaedah itu dapat mengurangkan jumlah air yang mengalir ke longkang pada satu-satu masa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini