Bayi 9 bulan korban pertama cuaca sejuk di Gaza

Bayi 9 bulan korban pertama cuaca sejuk di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Gaza merekodkan korban pertama akibat cuaca sejuk tahun ini selepas seorang bayi berusia sembilan bulan meninggal dunia akibat hipotermia.

Menurut Kementerian Kesihatan semalam, Kinan Ahmed Arqiq, meninggal dunia selepas mengalami penurunan suhu badan secara mendadak.

Menurut kenyataan yang disiarkan Pejabat Media Gaza, bayi berkenaan dibawa dari Hospital Kuwait ke Kompleks Perubatan Nasser pada Khamis, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemeriksaan forensik mengesahkan kematian bayi itu berpunca daripada hipotermia, iaitu keadaan apabila suhu badan menurun ke paras berbahaya.

Kementerian itu memaklumkan seramai 10 orang meninggal dunia akibat kesejukan di Gaza sepanjang musim sejuk 2025.

Kematian terbaharu itu menambah kebimbangan terhadap nasib ratusan ribu rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan kini berdepan keadaan hidup semakin buruk akibat hujan lebat, banjir serta kekurangan tempat perlindungan.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) melaporkan hujan lebat antara 6 hingga 8 November lalu menyebabkan banjir di beberapa kawasan Gaza, selain merosakkan ribuan khemah dan tempat perlindungan sementara.

Agensi itu menganggarkan kira-kira 1.4 juta penduduk atau 65 peratus daripada keseluruhan populasi Gaza kini tinggal di khemah dan tempat perlindungan sementara.

Sebahagian besar kawasan Gaza musnah akibat perang Israel, menyebabkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal terpaksa berlindung di khemah atau bangunan yang rosak.

Sekatan Israel terhadap kemasukan bekalan tempat perlindungan dan bahan pembaikan turut menjejaskan usaha pemulihan di wilayah itu walaupun gencatan senjata berkuat kuasa sejak Oktober 2025.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini