Bayi berusia tiga bulan meninggal dunia hari pertama dijaga pengasuh - Utusan Malaysia

Bayi berusia tiga bulan meninggal dunia hari pertama dijaga pengasuh

Putus cinta
MOHD. IQBAL IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ibu bapa kepada seorang bayi berusia tiga bulan tidak menyangka anak yang dihantar ke pengasuh kali pertama menjadi pertemuan terakhir mereka apabila disahkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri, kelmarin.

Bapa mangsa terus membawa anaknya itu ke Hospital Shah Alam sebaik sahaja menerima makluman daripada petugas pusat asuhan dekat Setia Alam, di sini, namun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, bayi dihantar ke pusat asuhan tersebut pada pukul 8.30 pagi dan bapanya menerima makluman tentang anaknya itu dua jam kemudian.

Menurutnya, laporan polis dibuat bapa kepada bayi berkenaan pada hari kejadian kira-kira pukul 2.31 petang.

“Bayi itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas usaha menyelamatkannya dilakukan.

“Bedah siasat telah dijalankan pada 5 Mac pukul 12.30 tengahari hingga 5 petang di Unit Forensik berkeputusan pending laboratory investigations. Pemeriksaan keatas bayi itu juga mendapati tiada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman,” katanya kepada pemberita.

Beliau menambah, bayi yang merupakan anak pertama pasangan ibu bapa berkenaan dibawa ke Kelantan untuk dikebumikan di sana.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal polis memaklumkan polis sudah merakam keterangan pekerja di pusat asuhan terbabit dan akan mendapatkan keterangan kedua ibu bapa selepas urusan pengebumian selesai.

“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh di denda sehingga RM50,000 atau dipenjara sehingga  20 tahun atau kedua-duanya. 

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang justifikasi berkaitan dengan kes tersebut sebelum siasatan selesai. Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Insptektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN