ALOR GAJAH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh selesai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram di sini, sebentar tadi.
Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu selesai mengundi pada pukul 8.38 pagi.
Ab. Rauf berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Yunazri Mustamiri dalam saingan mempertahankan Tanjung Bidara.
Memuatkan artikel berkaitan…
DUN Tanjung Bidara mempunyai seramai 15,003 pengundi yang layak mengundi kali ini. – UTUSAN











