Tentera Israel, peneroka haram berpakat rampas tanah Palestin

Tentera Israel, peneroka haram berpakat rampas tanah Palestin

PASUKAN keselamatan Israel memantau jentera merobohkan bengkel penduduk Palestin yang digunakan sebagai garaj membaiki kenderaan berhampiran bandar Hebron di Tebing Barat . – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Askar Israel didakwa bekerjasama dengan peneroka haram untuk menyalahgunakan seragam dan senjata tentera bagi mengugut, mengusir serta merampas tanah penduduk Palestin di Tebing Barat.

Siasatan Al Jazeera mendapati sebahagian peneroka haram yang melakukan serangan kembali ke lokasi sama dengan menyarungkan seragam tentera sebelum mengeluarkan arahan kepada penduduk Palestin.

Siasatan itu turut mendedahkan daripada 63 rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan peneroka haram sejak 7 Oktober 2023, seramai 14 orang ditembak oleh individu yang berkhidmat dalam tentera atau memakai seragam pasukan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut siasatan itu, kerjasama berkenaan turut disokong batalion Pertahanan Wilayah Tentera Israel yang dikenali sebagai Hagmar, dengan jumlah anggotanya meningkat enam kali ganda sejak 2023.

Kebanyakan anggota unit itu terdiri daripada peneroka haram yang berkhidmat sebagai askar simpanan, sekali gus mengaburkan perbezaan antara pasukan keselamatan dengan kumpulan peneroka yang melakukan serangan.

Insiden yang didedahkan dalam siasatan itu mengukuhkan bukti dikemukakan masyarakat Palestin, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, aktivis dan wartawan mengenai sokongan institusi Israel terhadap peneroka haram yang menyerang, membakar serta merampas seluruh perkampungan Palestin.

Siasatan itu mendedahkan pembekalan senjata dilakukan menerusi perkhidmatan ketenteraan rasmi dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, sebelum ini berkata sekurang-kurangnya 120,000 lesen senjata api untuk kegunaan orang awam dikeluarkan kepada peneroka haram sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan semasa, manakala latihan senjata dijalankan di lapang sasar dalam penempatan haram.

Pakar hal ehwal Israel, Mohannad Mustafa, berkata pasukan berkenaan pada asalnya dipersenjatai sebagai sebahagian daripada projek penempatan Israel, namun peranannya kini turut merangkumi usaha memperluas kawasan penempatan dan mengusir penduduk Palestin dari tanah mereka.

Rangkaian itu didakwa membolehkan peneroka haram menguasai kira-kira satu perlima kawasan Tebing Barat serta memaksa 118 komuniti Palestin berpindah sejak kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memerintah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini