Wei Chong-Kai Wun selamatkan hari suram Malaysia

Wei Chong-Kai Wun selamatkan hari suram Malaysia

Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun selamatkan hari suram Malaysia selepas menjadi wakil kedua negara meloloskan diri ke peringkat 16 terbaik pada Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, Jepun, hari ini.

Pasangan No. 9 dunia itu membenam gandingan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul 21-18, 21-23, 21-13 dalam masa 56 minit di pusingan awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejayaan tersebut membuka laluan kepada Wei Chong-Kai Wun melebarkan jurang rekod pertemuan ke atas beregu ke-28 dunia itu menjadi 2-0.

Pada peringkat 16 terbaik, esok, beregu lelaki No. 3 Malaysia itu bakal berdepan pasangan No. 14 dunia, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark.

Wei Chong-Kai Wun pernah tewas sekali di tangan Lundgaard-Vestergaard pada China Masters, dua tahun lalu dan pertemuan esok merupakan peluang terbaik buat mereka membalas dendam di atas kekalahan tersebut.

Sementara itu, nasib berbeza dialami beregu campuran, Jimmy Wong-Cheng Su Yin yang kalah kepada pasangan No. 6 dunia, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 8-21, 21-23 dalam masa 36 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Jimmy-Su Yin menjadi wakil keenam Malaysia yang terkandas di peringkat 32 terbaik, hari ini dengan hanya Wei Chong-Kai Wun dan Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing melepasi halangan awal pada hari kedua kejohanan.

Semalam, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Aaron Tai-Yap Roy King telahpun melayakkan diri lebih awal.

Kedua-dua beregu itu akan bertembung sesama sendiri bagi memburu slot suku akhir pada Jumaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini