Kajian tangani punca perkahwinan bawah umur dilaksana

Kajian tangani punca perkahwinan bawah umur dilaksana

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kajian menangani punca perkahwinan bawah umur 2020-2025 sedang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan Tabung Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kajian berkenaan dirangka bagi menilai pelaksanaan strategi oleh agensi yang terlibat, mengenal pasti faktor risiko dan faktor pelindung serta meneliti jurang pelaksanaan dan langkah pencegahan yang perlu diperkukuh.

“Hasilnya kelak akan digunakan bagi menentukan tindakan susulan yang lebih berfokus dan berasaskan bukti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua kajian itu dijangka selesai awal tahun 2027. Oleh itu, kementerian berpandangan adalah lebih wajar untuk kerajaan mengemukakan dapatan muktamad apabila hasil kajian tersebut diperoleh dan diteliti lanjut,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang meminta menyatakan dapatan utama penilaian Pelan Strategi Kebangsaan 20202025, tindakan susulan untuk menangani perkahwinan kanak-kanak serta pelaburan khusus Kerajaan untuk memajukan pendidikan, perlindungan, kesejahteraan, dan penyertaan bermakna kanak-kanak perempuan, selaras tema Hari Kanak-Kanak Perempuan Antarabangsa 2026 ‘End child marriage and invest in girls’ rights!’.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, KPWKM akan menggunakan dapatan tersebut untuk mengenal pasti jurang pelaksanaan, menetapkan keutamaan tindakan susulan bersama agensi berkaitan dan meneliti keperluan sumber secara lebih khusus.

“Sementara kajian berkenaan dijalankan, usaha menangani perkahwinan kanak-kanak tetap diteruskan oleh KPWKM melalui Dasar Kanak-Kanak Negara dan Pelan Tindakan 2026–2030.

“Dari segi pelaburan khusus kerajaan dalam hak kanak-kanak perempuan, tumpuan merangkumi akses dan pengekalan mereka dalam pendidikan, maklumat serta perkhidmatan kesihatan yang bersesuaian, perlindungan daripada keganasan dan eksploitasi, serta sokongan kepada keluarga yang menghadapi kesukaran sosioekonomi,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, katanya lagi, KPWKM turut akan mengambil kira pandangan dan pengalaman kanak-kanak perempuan dalam merancang serta menambah baik tindakan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini